Nasdaq jatuh teruk dalam satu hari, sekitar 1,450 mata. Ini antara kejatuhan harian terbesar sejak April 2025.
Tapi benda penting untuk trader faham, market bukan jatuh sebab ekonomi US lemah.
Sebaliknya, market jatuh sebab data ekonomi keluar terlalu kuat.
US jobs report atau NFP keluar lebih panas daripada jangkaan. Bila data pekerjaan kuat, market mula fikir Fed susah nak cut interest rate. Malah kalau inflasi masih degil, topik rate hike boleh kembali masuk semula dalam kepala trader.
Di sinilah US Dollar dan bond market jadi sangat penting.
Bila expectation rate cut makin hilang, US Treasury yield naik. Bila yield naik, US Dollar biasanya akan dapat sokongan sebab pelabur nampak pulangan dalam aset USD lebih menarik berbanding currency lain.
Dalam masa yang sama, bila yield naik, harga bond jatuh. Ini sebab dalam bond market, yield dan harga bond bergerak bertentangan.
Jadi apa yang berlaku bukan sekadar stock market selloff. Ini adalah repricing besar dalam bond market dan currency market.
Bila USD menguat, asset seperti gold, crypto dan saham teknologi biasanya akan rasa tekanan. Sebab liquidity jadi lebih ketat, modal global lebih cenderung masuk ke USD, dan risk asset mula kehilangan momentum.
Bila yield naik pula, kos pinjaman naik. Syarikat kena bayar lebih mahal untuk access capital. Consumer pun terkesan sebab loan, mortgage dan credit makin berat. Dalam environment macam ini, saham teknologi paling sensitif sebab valuation mereka banyak bergantung kepada jangkaan keuntungan masa depan.
Sebab itu Nasdaq kena kaw kaw.
Dan bila Nasdaq jatuh, crypto biasanya tak boleh lari jauh.
Bitcoin dan crypto adalah risk asset. Bila liquidity ketat, yield naik, USD menguat, dan market mula buang risiko, crypto juga akan terkesan. Sebab duit besar akan lari daripada asset yang volatile dan cari tempat yang dianggap lebih selamat atau lebih memberi pulangan dengan risiko lebih rendah.
Inilah sebab kita nampak tekanan berlaku serentak:
Nasdaq jatuh.
Crypto jatuh.
Bond yield naik.
Bond price jatuh.
US Dollar menguat.
Market mula buang expectation rate cut.
Untuk trader, sekarang bukan masa tengok chart semata-mata dan terus fikir “buy the dip”.
Kena tengok dulu bond yield. Kena tengok US Dollar Index. Kena tengok reaksi Fed. Kena tengok sama ada Nasdaq boleh bertahan di level teknikal penting seperti Fibonacci retracement atau 50-day moving average. Kena tengok juga Bitcoin mampu bertahan atau tidak di support psikologi penting.
Market sekarang sedang bertanya satu soalan besar:
Adakah ‘rally’ sebelum ini terlalu awal celebrate ‘rate cut’ yang sebenarnya belum pasti pun terjadi?
Sebab bila data ekonomi terlalu kuat, Fed tak ada banyak alasan untuk longgarkan polisi.
Dan bila Fed tak longgar, liquidity tak datang.
Bila liquidity tak datang dan USD pula menguat, risk asset seperti Nasdaq dan crypto akan mula rasa tekanan.
Tapi satu benda trader kena ingat, kekuatan USD ini juga perlu dipantau. Kalau selepas ini data inflasi melemah, jobs market mula cool down, atau Fed mula beri signal dovish, USD boleh kembali lemah.
Kalau USD lemah, barulah risk asset seperti Nasdaq, gold dan crypto boleh dapat ruang untuk recover.
Moshed Markets akan terus pantau US yield, US Dollar, bond market, Nasdaq dan crypto minggu ini.
Sebab kadang-kadang, market bukan jatuh kerana berita buruk.
Market jatuh kerana market player expect lain dan jadinya lain.
Nak baca lagi ulasan begini? Jangan lupa join Moshed Money Club – klik sini

