Hari ini cerita market dah makin jelas.
Masalah utama bukan sekadar Oil naik.
Masalah sebenar ialah bila Oil kekal tinggi, market mula risau inflation susah nak turun, dan itu boleh paksa Fed tighten lebih lama daripada apa yang market jangka sebelum ini.
Setakat latest:
Brent sekitar $107.81.
WTI sekitar $102.94.
Gold sekitar $4,327.
US 10-year yield sekitar 4.97%.
US 2-year yield sekitar 4.61%.
Dollar Index sekitar 99.34.
EURUSD sekitar 1.1565.
USDJPY sekitar 154.03.
S&P 500 futures sekitar -0.5%.
Nasdaq futures sekitar -1.3%.
Jadi pagi sampai petang ini kita nampak satu flow yang sangat jelas:
Oil naik.
Yield tinggi.
Gold tertekan.
USD dapat support.
Nasdaq futures paling lemah.
Kenapa?
Sebab market sedang reprice semula interest rate.
Oil sekarang bukan lagi cerita geopolitik sahaja
Brent kembali atas $107 selepas serangan baru di Saudi Arabia dan serangan ke atas kapal di Gulf menambah kebimbangan supply.
Dalam masa sama, East-West pipeline Saudi masih terganggu selepas serangan drone.
Pipeline ini sangat penting sebab ia salah satu laluan utama Saudi untuk bypass Strait of Hormuz.
Sebelum gangguan terbaru, pipeline ini membawa sekitar 4 hingga 5 juta barrel sehari.
Sekarang masalahnya bukan satu route sahaja.
Strait of Hormuz masih terganggu.
Bab el-Mandeb semakin berisiko.
East-West pipeline pula kena attack.
Meeting antara Iran dan negara-negara Gulf untuk bincang safe shipping corridor pun ditangguhkan.
Jadi bila orang tengok Brent $108, jangan tengok harga sahaja.
Tengok apa yang berlaku di belakangnya.
Shipping makin susah.
Freight makin mahal.
Supply semakin ketat.
Dan semua benda ini akhirnya masuk kepada inflation.
Ini sebab Fed sekarang berada dalam keadaan susah
Minggu lepas kita sudah dapat:
NFP yang kuat.
PPI yang masih panas.
CPI yang belum cukup sejuk.
Sekarang Oil pula masih atas $100.
Sebab itu market sekarang meletakkan sekitar 86% hingga 87% probability Fed akan hike 25 basis points minggu ini.
Goldman Sachs dan JPMorgan pun sudah tukar forecast mereka kepada Fed hike.
Lebih menarik, JPMorgan jangka bukan satu hike sahaja.
Mereka jangka satu lagi hike pada Disember.
Dan di sinilah cerita market berubah.
Sebelum ini soalan dia:
“Fed hike ke tak?”
Sekarang soalan dia dah jadi:
“Adakah Fed kena hike sekali sahaja, atau kita sedang masuk semula kepada mini tightening cycle?”
Itu jauh lebih besar.
Bond market sedang bagi warning
US 10-year yield sekarang sekitar 4.97%.
Sangat dekat dengan level psikologi 5%.
2-year yield pula sekitar 4.61%.
Kalau 10Y akhirnya pecah 5% dan maintain atas situ, kesannya bukan dekat bond sahaja.
Nasdaq akan rasa pressure.
Gold akan rasa pressure.
Bitcoin pun akan rasa pressure.
Sebab semua asset ini sensitif kepada kos duit.
Bila Treasury sendiri beri hampir 5%, pelabur mula compare:
Kenapa nak ambil risiko lebih besar dekat tech stocks, crypto atau Gold, kalau bond kerajaan sendiri dah bagi yield yang tinggi?
Sebab itu bond market sekarang bagi signal yang sangat penting.
Gold turun walaupun perang makin panas
Ini antara benda paling menarik hari ini.
Spot Gold turun sekitar 0.5% ke $4,327.
Ramai trader fikir:
“Geopolitik panas, Gold mesti naik.”
Tapi hari ini tak jadi macam itu.
Kenapa?
Sebab high yield dan rate hike expectation sedang menang lawan safe-haven demand.
Gold memang dapat support daripada uncertainty.
Tetapi bila bond yield hampir 5%, opportunity cost pegang Gold semakin tinggi.
Itu sebab Gold boleh turun walaupun cerita perang semakin buruk.
Sekali lagi:
Perang tak semestinya terus bermaksud BUY Gold.
Kena tengok yield.
USD pula kuat, tapi tak terlalu agresif
Dollar Index naik sekitar 99.34.
EURUSD turun sekitar 1.1565.
GBPUSD sekitar 1.3503.
USDJPY sekitar 154.03.
Tetapi yang menarik, USD masih belum rally besar walaupun Fed hike probability tinggi.
Sebab apa?
Sebab central bank lain pun hawkish.
ECB baru sahaja hike.
BOJ pula dijangka hike minggu ini.
Jadi market bukan compare Fed dengan kosong.
Market compare:
Fed vs ECB.
Fed vs BOJ.
Sebab itu USD boleh kuat, tapi pair tertentu tetap bergerak lain.
Nasdaq paling lemah
S&P 500 futures turun sekitar 0.5%.
Nasdaq futures pula sekitar -1.3%.
Kenapa Nasdaq lebih kena?
Sebab tech stocks paling sensitif kepada high yield.
Bila long-term yield naik, valuation saham growth jadi lebih mahal untuk justify.
Dalam masa sama, AI-related stocks Asia pun jatuh kuat hari ini, menambah lagi tekanan kepada tech sentiment.
Jadi untuk Nasdaq, ada dua pressure:
High yield.
AI sentiment.
Dan jangan lupa, ini bukan cerita Fed seorang
ECB policymaker Martins Kazaks hari ini kata case untuk further tightening semakin kuat.
ECB baru naikkan rate ke 2.5%, tapi sekarang mereka dah mula bagi signal bahawa itu mungkin bukan ceiling.
BOJ pula dijangka hike pada Jumaat.
Jadi kita sedang masuk satu environment yang menarik:
Fed mungkin hike.
ECB mungkin hike lagi.
BOJ mungkin hike.
Global liquidity sedang jadi lebih mahal.
Ini bukan background yang mudah untuk risk assets.
Jadi apa cerita utama Moshed Markets hari ini?
Bagi saya bukan:
“Oil naik.”
Bukan juga:
“Fed akan hike.”
Cerita sebenar ialah:
Oil shock sekarang berisiko menukar expectation market daripada satu Fed hike kepada tightening yang lebih panjang.
Itu yang kita kena tengok.
Kalau Oil kekal atas $105 hingga $110, inflation expectation boleh terus tinggi.
Kalau 10Y pecah 5%, market boleh mula price rate yang tinggi lebih lama.
Dan kalau Fed hari Rabu bukan sahaja hike, tapi Warsh beri signal masih ada ruang untuk hike lagi:
Pressure kepada Gold, Nasdaq, Bitcoin dan asset sensitif liquidity boleh bertambah.
Tapi kalau Fed hike dan Warsh beri signal ini cuma satu recalibration, bukan permulaan cycle baru:
Yield mungkin reda.
USD boleh hilang momentum.
Gold boleh rebound.
Equities boleh lega.
Jadi minggu ini, jangan tengok keputusan Fed sahaja.
Tengok:
Oil.
US 10Y.
Fed guidance.
Dan reaction market selepas keputusan.
Sebab data bagi nombor.
Market reaction bagi cerita sebenar.
Itulah cerita di sebalik chart.
Belajar lebih faham langkah demi langkah dalam HUSTLE24HOUR.COM


