NASDAQ dan S&P 500 mencatat paras tertinggi baharu.
Dan kali ini, punca utamanya bukan susah nak faham.
Lihat sahaja pada oil.
Harga minyak jatuh kuat, turun lebih 5%, kembali berada bawah $100 dan sempat bergerak bawah $90 setong. Dalam masa yang sama, US Treasury yield juga mula pullback.
Bila oil jatuh dan yield turun, market saham dapat ruang untuk bernafas.
Kenapa?
Sebab oil yang terlalu tinggi memberi tekanan kepada kos bisnes, harga barang, consumer spending dan inflasi. Bila inflasi nampak berisiko naik semula, market akan mula risau Fed mungkin susah nak potong interest rate.
Tetapi apabila oil mula jatuh, tekanan inflasi reda sedikit.
Bila yield US pula turun, valuation saham teknologi jadi lebih menarik.
Sebab itu saham seperti Nasdaq dan S&P 500 boleh melonjak sampai record high.
Namun, pergerakan ini masih sangat headline-driven.
Market sedang meraikan berita bahawa US dan Iran mungkin semakin hampir kepada memorandum of understanding. Antara perkara yang disebut ialah kemungkinan Iran menghentikan sekatan di Strait of Hormuz, sementara US pula mengurangkan kehadiran ketenteraan di rantau tersebut.
Dalam bahasa mudah, market sedang price-in bahawa perang Iran mungkin semakin reda.
Tapi ini bukan bermaksud semua risiko sudah hilang.
Satu perkara penting yang perlu trader faham, stock market nampaknya sudah banyak “discount” kemungkinan konflik Iran berakhir. Sebab itu walaupun ada berita positif, market mula pullback sedikit dari paras tertinggi ketika sesi New York.
Maknanya, good news sudah banyak masuk dalam harga.
Sekarang perhatian akan beralih kepada dua benda besar:
Oil dan yield.
Kalau oil kekal bawah $100, ini boleh bantu global economy. Kos tenaga turun, tekanan kepada pengguna dan syarikat berkurang, dan market boleh terus kekal dalam mood risk-on.
Kalau yield terus pullback, saham teknologi dan growth stocks boleh terus dapat sokongan.
Tapi dalam masa yang sama, jangan lupa satu lagi risiko yang sedang kembali naik.
Trade dan tariff.
Trump administration nampaknya mula beri fokus semula kepada isu tariff, termasuk perdagangan dengan Mexico. Jadi, walaupun isu Iran mula reda, market mungkin akan kembali diganggu oleh headline tariff pula selepas ini.
Untuk currency market pula, US Dollar pada awalnya sempat lemah apabila berita kemungkinan deal US-Iran keluar. Tapi Dollar kemudian mula pulih semula dari paras rendah.
Secara keseluruhan, Dollar masih kuat berbanding kebanyakan major currency, terutama Australian Dollar selepas data inflasi Australia keluar lebih lemah.
New Zealand Dollar pula bergerak selepas RBNZ buat hawkish hold, mengekalkan kadar faedah walaupun ada ahli yang mahukan kenaikan lagi.
Kesimpulannya, market sekarang masih dalam mode optimis, tetapi bukan tanpa risiko.
Oil turun bantu saham.
Yield turun bantu Nasdaq.
Iran reda bantu sentiment.
Tetapi tariff boleh jadi risiko baru.
Sebab itu trader jangan hanya tengok index buat all-time high dan terus fikir market confirm selamat.
Dalam market, yang penting bukan hanya apa yang berlaku sekarang.
Yang penting ialah apa narrative seterusnya.
Dan buat masa ini, narrative utama masih jelas:
Keep an eye on oil. Keep an eye on yields. Keep an eye on tariff headlines.
Moshed Markets
Navigating markets through uncertainty.
