Kalau FOMC ialah tempat Fed buat keputusan, Jackson Hole pula antara tempat kita boleh nampak bagaimana orang-orang besar dalam central bank sedang berfikir tentang ekonomi dan monetary policy.
Jackson Hole Economic Policy Symposium dianjurkan oleh Federal Reserve Bank of Kansas City sejak 1978 dan diadakan di Jackson Hole, Wyoming sejak 1982. Setiap tahun, central banker, economist dan policymaker dari seluruh dunia berkumpul di sini.
Tahun ini agak menarik.
Tema rasmi Jackson Hole 2026 ialah:
“Financial Innovation: Implications for Payments and Policy.”
Mereka akan bincang tentang perubahan sistem pembayaran, stablecoin, cryptocurrency, tokenized finance, future of banking dan bagaimana semua ini akhirnya boleh memberi kesan kepada monetary policy.
Tetapi bagi trader, itu bukan cerita paling besar malam ini.
Market sebenarnya tunggu Kevin Warsh.
Warsh akan memberikan opening remarks malam ini sekitar 10 malam waktu Malaysia, penampilan Jackson Hole pertamanya sebagai Pengerusi Federal Reserve.
Kenapa speech ini penting?
Sebab Fed sekarang berada dalam keadaan yang agak pelik.
Inflasi masih tinggi, dengan Core PCE sekitar 3.7%, sedangkan beberapa pegawai Fed sendiri sudah mula memberi amaran bahawa polisi sekarang mungkin belum cukup ketat. Ada yang mahukan kadar dinaikkan lagi.
Dalam masa yang sama, Treasury pula sedang cuba menenangkan long-term bond market melalui pembelian balik bond.
Jadi sekarang kita ada dua cerita bertembung:
Treasury cuba tekan long-term yield.
Fed pula masih berperang dengan inflasi.
Sebab itu market mahu tahu satu benda daripada Warsh:
Adakah Fed masih sanggup naikkan interest rate kalau inflasi tak turun?
Setakat hari ini, market masih cautious. US Dollar berada hampir paras tertinggi seminggu, gold sedikit tertekan dan bond market pula menunggu arah seterusnya. Probability kenaikan kadar September sekitar 35%, tetapi expectation untuk kenaikan sebelum hujung tahun jauh lebih tinggi.
📌Jadi malam ini mudah sahaja kita baca.
Kalau Warsh hawkish, tekan tentang inflasi dan buka ruang rate hike:
Yield ↑ → USD ↑ → Gold boleh tertekan → saham/crypto boleh volatile.
Kalau Warsh lebih dovish, risau ekonomi atau memberi signal Fed tidak tergesa-gesa menaikkan rate:
Yield ↓ → USD ↓ → Gold, saham dan crypto boleh dapat sokongan.
Tapi jangan tengok perkataan hawkish atau dovish semata-mata.
Perhatikan bond yield dahulu.
Sebab selepas apa yang berlaku dalam Treasury market minggu lepas, bond market sekarang mungkin lebih penting daripada headline news itu sendiri.
Inilah fundamental. Kita bukan teka candle seterusnya. Kita cuba faham apa yang sedang menggerakkan duit dalam market.
Kalau anda selalu baca Moshed Markets, inilah antara perkara yang kami ajar dengan lebih mendalam dalam HUSTLE24HOUR.
Bukan sekadar tahu news apa keluar, tapi belajar macam mana nak sambungkan fundamental, baca reaction market dan gunakan kefahaman itu dalam trading.
Kalau nak faham lebih banyak tentang kenapa Gold, USD, yield, saham dan crypto bergerak, jom belajar bersama kami.
Sekarang masih ada promo sekitar RM1 sehari sahaja untuk akses setahun HUSTLE24HOUR.
Join komuniti trader direct di bawah bimbingan saya, HUSTLE24HOUR – KLIK SINI


