Market sekarang bukan bergerak ikut technical semata-mata. Ia sedang bergerak ikut headline Trump, Iran dan Strait of Hormuz.
Semalam kita boleh nampak contoh paling jelas. Bila keluar laporan Iran sudah hentikan pertukaran mesej tidak langsung dengan US, market terus masuk mode panik. Oil naik kuat sebab market takut laluan Strait of Hormuz kembali terganggu, iaitu laluan penting untuk hampir 20% aliran minyak dan LNG dunia.
Bila oil naik, masalah dia bukan oil sahaja.
Oil tinggi boleh bawa semula tekanan inflasi. Bila inflasi naik, Fed susah nak potong interest rate. Bila rate cut makin susah, yield boleh kekal tinggi. Bila yield tinggi, saham terutama tech stock yang sudah mahal akan mula rasa tekanan.
Sebab itu semalam kita nampak US stock sempat jatuh. Gold pun sempat junam, bukan sebab risiko geopolitik hilang, tapi sebab USD dan yield masih memberi tekanan pada awalnya. Reuters juga lapor gold tertekan ketika kebimbangan inflasi meningkat akibat konflik Timur Tengah.
Tapi selepas itu Trump cuba cover keadaan.
Dia kata dia belum dengar sendiri daripada Iran bahawa rundingan dihentikan, dan kemudian beri signal bahawa talks masih berjalan. Market terus adjust balik. Oil yang naik sebelum itu mula turun semula, dengan Brent sekitar $94 dan WTI sekitar $91 pada awal 2 Jun.
US stock pula recover sebab market baca pintu rundingan mungkin belum tertutup sepenuhnya. Gold pun naik balik apabila yield mula reda dan market masih tunggu kepastian status rundingan US-Iran.
Ini menunjukkan satu benda penting untuk trader.
Market sekarang bukan pricing peace deal yang sudah confirm. Market sedang pricing harapan bahawa Trump masih boleh kawal naratif.
Kalau Trump berjaya bawa Iran kembali ke meja rundingan dan isu Strait of Hormuz reda, oil boleh terus turun, inflation fear boleh berkurang, yield boleh stabil, dan stock market boleh dapat ruang untuk naik.
Tapi kalau Iran betul-betul tarik diri, atau serangan di rantau itu makin melarat, market boleh bertukar risk-off dengan sangat cepat.
Dalam keadaan macam ini, trader jangan tengok candlestick saja.
Kena tengok oil.
Kena tengok gold.
Kena tengok USD dan yield.
Kena tengok headline Trump.
Kena tengok apa Iran jawab selepas itu.
Satu ayat dari Trump boleh buat oil jatuh.
Satu laporan dari Iran boleh buat saham jatuh.
Satu headline tentang Hormuz boleh ubah mood market satu dunia.
Kesimpulannya, market sekarang bukan tanya siapa betul atau salah.
Market cuma tanya satu benda: Trump masih boleh kawal keadaan, atau market akan mula hilang percaya?

